*_* DuNia ILmU *_*

Kamis, 16 Juni 2011

*_* Kegunaan Sinar_X *_*

KEGUNAAN SINAR X
Perobatan

• Sinar-X lembut digunakan untuk mengambil gambar foto yang dikenal sebagai radiograf. Sinar-X boleh menembusi badan manusia tetapi diserap oleh bahagian yang lebih tumpat seperti tulang. Gambar foto sinar-X digunakan untuk mengesan kecacatan tulang, mengesan tulang yang patah dan menyiasat keadaan organ-organ dalam badan.
• Sinar-X keras digunakan untuk memusnahkan sel-sel kanser. Kaedah ini dikenal sebagai radioterapi.

Perindustrian
Dalam bidang perindustrian, sinar-X boleh digunakan untuk,
• mengesan kecacatan dalam struktur binaan atau bahagian-bahagian dalam mesin dan enjin.
• menyiasat rekahan dalam paip logam, dinding konkrit dan dandang tekanan tinggi.
• memeriksa retakan dalam struktur plastik dan getah.
Penyelidikan
• Sinar-X digunakan untuk menyelidik struktur hablur dan jarak pemisahan antara atom-atom dalam suatu bahan hablur.
Kesan Sinar-X
Walaupun sinar-X sangat berguna kepada manusia, tetapi pendedahan secara berlebihan kepada sinar-X mungkin menyebabkan,
• pemusnahan sel-sel dalam badan.
• perubahan struktur genetik suatu sel.
• penyakit kanser barah.
• kesan-kesan buruk seperti rambut gugur, kulit menjadi merah dan berbisul.

0 komentar:

Posting Komentar

*_* Dunia Ilmu *_* © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute